salam pada sume bloggers...baca ni..::
CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.
"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.
Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.
"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.
Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama
(Dipetik dr Utusan Malaysia Online, 16/3/2011)
Sekarang sy nak tny pendapat korang tentang isu ney??korang ase relevan atau tak bina loji nuklear kat negara kita??Bagi saya,saya ase nuklear tu salah satu tenaga alternatif yang boleh menguntungkn malaysia.Tapi,dari segi yang lain,saya rasa tak perlu bergantung kepada sumber ni semata-mata sebab dah terbukti sumber ni akan memudaratkan kesihatan apabila berlaku sesuatu bencana alam seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.Saya harap kerajaan mengambil serius perkara tersebut,sebab saya risau tentang keselamatan saya dan masyarakat.Pada pendapat korang macam mana??sila bagi respon kat bahagian komen ye..terima kasih.
2 111 kumen miko!:
dengan capacity dan saiz negara kita, rasanya dah cukup dengan apa yang kita ada. Nuklear mmg teknologi yang hebat, dapat generate kuasa yang begitu banyak compare dengan arang batu, diesel, solar dan lain2. tp kalau cakap untuk negara kita rasanya xperlu. system generate kuasa menggunakan solar yang patut kita bangunkan dan banyakkan R&D. komen ikhlas
tenkiu hadiee..btw..btol gak pe yg awk ckp 2..aseny sume da ckup kot..ad byk ag tenaga alternatif lain...
Post a Comment