Recent News

Write your custom message here

teMan2 Ku..^^

.

Jangan Lupa Tinggal Kumen ya~! Sayang Ampa..:) Selamat Datang ke Blog L'ARC EN CIEL DE MA VIE.Sila Tinggalkan link di Bahagian LINK EXCHANGE bagi tujuan blogwalking
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, August 1, 2011

Bertunang...-Antara hubungan dan syara'

Assalamualaikum wbt..:)

Selamat pagi Malaysia...salam ukhwah n salah ramadhan..:)..Hari ney hari pertama menunaikan ibadah puasa,diharap semuanya dirahmati..:D

Miko nak mulakan uodate blog dgn merungkai ttg isu tunang..

Apa Itu Tunang?

Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.

 Bertunang tu ada juga batas-batasnya dan tatasusilanya yang perlu dipatuhi oleh mereka iaitu

  • Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. 
  • perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.       
  • Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
  • Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja. 

Tempoh pertunangan jugak merupakan salah satu adab dalam bertunang..Tempoh pertunangan seharusnya ::
  • Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak diduga
  • Tempoh pertunangan yang lama akan mengakibatkan putusnya hubungan pertunangan akibat tersingkap keaiban pasangan
  • Pertunangan yang lama akan memberi peluang kepada orang lain untuk mnaruh hati kepada tunang dan berusaha memisahkan mereka
AWAS~!

  • Haram mengganggu tunang orang tidak kira sama ada perempuan tersebut suka dengan tunangnya atau tidak.
  • Begitu juga haram bagi yang sudah bertunang berkahwin dengan pasangan lain selagi mana belum putus ikatan pertunangan.
  • Seandainya tidak suka dengan tunang, hendaklah berterus terang, bukan dengan cara curang yang dilarang Islam, apatah lagi ia menyebabkan masalah di masa hadapan.
p/s::haisy..kalo dah taw tu tunang orang..xyah la kaco..rmai lg makhluk yang Allah ciptakan..:)


Wednesday, July 6, 2011

Binatang Pelik Akhir Zaman

Assalamualaikum!

Miko nak sentuh tentang bnatang pelik akhir zaman.Cam yang kita taw..kita da menghampiri akhir zaman.Banyak petanda yang telah muncul.Tapi binatang pelik akhir zaman ni akan keluar  sebagai salah satu 10 tanda-tanda Besar kiamat nanti.

Terdapat dalil yang mengatakan tentangnya
Dan apabila perkataan telah dipenuhi ke atas mereka. Kami akan keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yg berkata kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dulu tidak yakin kpd ayat-ayat Kami.
Surah An Namlu:82
Al Quran pn ada menyebut tentang sejenis makhluk yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia.Dikenali sbg
"Dabbatul Ardhi" dalam Al Quran.Binatang ini mampu berbicara dan  boleh membezakan antara manusia yang muslim dan kafir.Banyak juga hadis sahih mengenainya.

Selain tu,miko nak kongsi sesuatu tentang Dajjal.Macam yang korang tahu,dajjal banyak diperkatakan.Miko nak petik satu hadis

HR Muslim " Sejak penciptaan Adam sampai Qiamat terjadi kelak, tiadalah makhluk yg lebih besar (fitnahnya) selain dari (kemunculan) Dajjal)" (Sahih Muslim; 4/2666, # 2946)

Dajjal mempunyai sifat dan tanda-tanda seperti::
  • Fathul Bari Jld 13/90
"(Dajjal) lelaki berbadan besar, kulitnya kemerahan, rambut kerinting, matanya buta sebelah, mata yg satu itu spt buah anggur yg menonjol

  •  Albani, Silsilah alAhadith asSahihah/3/190 # 1193 dari Ibn Hibban dan Imam Ahmad dari Ibn Abbas ra, 

"Dajjal itu buta sebelah matanya, kulit putih bersinar, kepalanya besar spt ular besar, orang yg paling mirip rupanya ialah Abdul 'Uzza ibn Qutn"

  • Fathul Bari, 13/90
kedua-dua  matanya tertulis k-f-r (kafir)

Credit:Soal Jawab Aqidah Tauhid




Wednesday, May 11, 2011

La Tahzan..innallah ha ma'na....

Assalamualaikum!..


miko ase terpanggil pulak nak wat entry sal satu video yang miko bawu sja dengar....ni videonya....

cuba korang hayati ceramah ni...miko ase besh dgar cara penyampaian dia...betul kata-katanya....kita salu kata musibah membuat kita lemah dan hanya sedikit yang menghargai nikmat Allah dgn bersyukur.Ramai yang tidak mendapat nikmat...hanya berkata..
"cukuplah bagi kami Allah...Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Cuba korang hayati....

Sunday, March 27, 2011

Tanda-Tanda Kiamat

Assalamualaikum sume..:)

Waktu tgh search tenet td..terdetik lak nak search sal Kiamat dan tanda-tandanya...mungkin Allah nak bagi petunjuk kot kat sy...hurm...alhamdulillah..:)
by the way...ni la tanda-tanda kiamat yang telah berlaku dan akan terjadi kemudian...

TANDA-TANDA BESAR KIAMAT

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah
  • 3 kali gempa bumi
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

Manakala,tanda-tanda kecil pulak ialah ::

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT


  • Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1]


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[perlu rujukan]

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad


Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."


Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari

  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.



  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.


  • Orang akan melakukan homoseksual.


  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.

  • Berkurangnya sifat amanah


  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)


  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya


  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya


  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid


  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik


  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  •  Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
    • Memandang rendah kepada darah

    Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

    [perlu rujukan]
    • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

    Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

    [perlu rujukan]
    • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

    Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

    [perlu rujukan]
    • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

    Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

    [perlu rujukan]
    • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

    "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim

    • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
    • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]

    "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

    • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
    • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

    Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.