Recent News

Write your custom message here

teMan2 Ku..^^

.

Jangan Lupa Tinggal Kumen ya~! Sayang Ampa..:) Selamat Datang ke Blog L'ARC EN CIEL DE MA VIE.Sila Tinggalkan link di Bahagian LINK EXCHANGE bagi tujuan blogwalking

Friday, April 15, 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalamualaikum wbt..:)

Haaaa...kali ni sng2 sy bhsakan dri sy miko la ye..:)....ikut nama yang dak2 Kami Blogger Utagha panggil..hehehe...kali ni kan..miko nak join satu contest ni..hehehe....dari blog kak aimaa or dikenali sbg Muslimah Optimis..




Okeh....lpas dah abeh tgk tu sume...meh cni miko nak cite satu crita ni..
Bagi korang la kan,siapa yang korang paling sayang dalam dunia ni??Kawan??Boyfriend??...Hurm..mesti la rmai yg kta dorang syg kat sesape jela yang dorang syg...Miko ckp ni bukan apa...nak kongsilah satu story sal Parents miko yang tersayang.Mesti sume orang syg kat family depa,bohong la kalo cakap x...yela...sblm kita jmpe kengkwn,kita knal dlu ahli kluarga...kan ke yg tu dah mwjudkan satu ikatan yang berpanjangan...hehe...meh sini miko nak share ngn korang sume siapa ahli dlm keluarga miko...check it out::



Kalo korang nak tahu....ni la gambar raya family kiteorang yang terakhir..pas ni dah x bley da tgkp gambar cmni....tgl 3 orang je...mak da xde...Kembali menyahut seruan Illahi pada tanggal 11/1/2011...hurm...sdey tu msih ada...sensitif sgt kalo orang sbut2 sal mak....yela kan..kenangan dengn arwah tu masih ada....sebati dalam jiwa...Kalau duduk kat rumah sorang-sorang mesti terbayang akak yang tengah masak tu mak...dlm jiwa ni masih lagi dok rasa mak ada kat sisi...Banyak kenangan dengan arwah yang xbley dilupakan,membesar dipangkuan ibu yang akhirnya pergi buat selama-lamanya....mesti la kadang2 sebak jugak...ni dok tulis cite ni pon air mata dah bergenang kat pelupuk mata...Hurm...

Bnyak dah yang mak dan abah da korbankan buat miko dan akak.Mungkin pada korang family kami ni kecik,tidak sebesar family lain yang lagi ramai ahli keluarganya,tambah pulamak dan abah pekerja kerajaan,tapi hakiktnya,family kami ni hidup dlm keadaan sderhana.Apa saja yang penting seperti yuran pengajian,duit buku2 sekolah,pakaian sekolah dan lain2 diperuntukan dahulu sebelum membelanjakannya ke saluran lain.Dalam hidup sebegini,selalu miko tgk mak ngn abah bertungkus -lumus menyediakan duit yang secukupnya bagi kemudahan pembelajaran miko dan akak.Yuran kolej serta kos sara hidup yang tinggi di kolej menyebabkan akak terpaksa mengikat perut,kadang2 terpaksa berlapar dgn hanya meminum air kosong semata-mata mahu mencukupkan duit sepanjang minggu.Akak juga kadang2 mengadu pada miko tentang kerisauannya pada mak dan abah yang berkerja keras memenuhi prbelanjaanya disanaMenangis juga miko ketika itu,melihat kepayahan mak dan abah menyara kami,perbelanjaan kami,belum lagi termasuk bil2 yang perlu dijelaskanMiko yakin mak dan abah sedaya upaya mahu memberikan kesenangan buat anak2 mereka,miko tahu ada ketikanya ketika mak dan abah kesempitan wang,mereka sanggup meminjam dari rakan-rakan rapat.Ya Allah,rasa bersalah dan serba salah tiap2 kali kalo mahu meminta wang untuk menjelaskan bayaran sesuatu..Miko juga melihat situasi sama ketika sedang menuntut di Tingkatan 6.Buku-buku teks tidak lagi dibekalkan,jadi sumber rujukan seperti buku-buku terpaksa dibeli.Kdang-kdng miko meminjam buku di PS  Sekolah,Dalam hati miko bersuara.."xpela...bersusah2 kejap...lama2 nanti senang..aku ni bukan orang senang yang boleh mintak sesuka hati kat mak abah",kesian miko tgk depa..dgn keadaan abah yang kuat batuk,mak pula ketika itu sedang melawan sakit buah pinggang...maka miko ketika itu tekad mahu memberikan keputusan yang terbaik.Usai peperiksaan Percubaan STPM,keputusan yang diharap-harapkan bertukar menjadi kegagalan.Miko menangis kerana tidak mampu memberikan keputusan yang cemerlang buat abah dan mak,terasa diri ini telah gagal menjadi anak yang mampu dibanggakan.Terasa segala pengorbanan mak dan abah tidak terbalas,Rasa hampa sangat kerana tidak mampu berikan keputusan yang terbaik buat mak yang baru dimasukkan ke wad ketika itu.Namun mak dan abah setia memujukku tanpa jemu,masih lagi memberikan kata-kata semangat buat miko utk terus berjuang di medan belajar.
"Tak pe la,nanti mira try la lagi bagi dapat elok-elok,kalo x mcm mana nak masuk universiti kn..mira kata nak masuk universiti sambung belajar",Masih terngiang-ngiang kata-kata mak ,masih menjadi azimat miko.
Minggu berikutnya diadakan Hari Bertemu Waris.Miko ditemani oleh Abah.Abah sedia menemani Miko smpai habis program tersebut.Berusaha bertanyakan soal itu dan ini mengenai pelajaran Miko.Miko tersentuh..Abah sudi meluangkan masa menghadiri program sekolah demi kecemerlangan Miko walaupun pada hari tersebut Abah terdapat mesyuarat dan hari bertemu pemilik gigi palsu di kliniknya.Dalam Jadual yang padat sebegitu,masih terdapat masa buat diriku.

"Keputusan farah ni Encik,teruk sikit encik...Ekonominya F,Gagal ....Mata pelajaran yang ok pon cuma B+ utk Bahasa Melayu dan Sejarah B,"

"kalo dengan keputusan macam ni cikgu,layak x anak saya mohon universiti???

"Kalau mcm ni Encik,memang tak layak la...Pengajian Am pon dapat D+,lulus separuh je,Syarat kemasukan Universiti tu nak sekurang-kurangnya C"


Mendengar pernyataan cikgu,wajah abahku ternyata kecewa.Aku juga kecewa ,remuk dalam hatiku ini rasanya.Rasa bersalah masih bersarang dalam hatiku.Maka miko tekad mahu belajar rajin-rajin nak ubah keputusan yang miko dapat.Miko join stdy group,buat perbincangan,latihan...semakin masa berlalu,keadaan kesihatan mak semakin hari semakin memburuk.Tiba peperiksaan STPM,miko dikejutkan dengan berita bahawa mak dijangkiti virus terkuat di Hospital iaitu MRSA.Perasaan Miko bercampur baur saat menjawab peperiksaan tersebut.Miko hanya sandarkan semuanya pada Allah SWT supaya tenangkan hati Miko sewaktu menjawab peperiksaan tersebut.Usai paper terakhir,Miko terus berkemas dan mengganti menjaga Mak dengan Long.Selalunya hujung minggu Miko banyak dihabiskan dengan menemani mak di wad.Kedudukan Hospital Pulau Pinang yang jauh dari Perak menyebabkan Miko kena stay kat sana sampai tiba hari Ahad.Rutin yang penat,tapi berbaloi apabila menjaga mak yang tersayang.Miko rela mengorbankan masa hujung minggu menemani mak di hospital dan harap dapat berbakti dengan mak selagi mak masih bernyawa.

Peperiksaan STPM melabuhkan tirainya,namun ketika itu keadaan mak dah ditahap kritikal.Virus yang menyerang mak mula melumpuhkan sistem imunisasi mak,menyebabkan badan mak bertambah lemah.Diburukkan lagi dengan keadaan mak yang sukar mahu mencuci buah pinggangnya dengan cara CAPD.Miko sejak habis persekolahan terus tinggal di hospital,kerusi plastik menjadi katil miko untuk tumpang tidur.Rutin harian miko bermula dgn menyiapkan mak,membeli makanan dan sebagainya.Ada kalanya miko tgk mak semakin membaik,ada kalanya keadaan mak memburuk,sehinggakan mak 3 kali dimasukkan ke ICU dan beberapa kali mengalami sesak nafas.

Bak kata orang...Hidup mati,ajal maut ditangan Allah SWT...Sudah ditakdirkan mak menemui Allah yang Maha Esa,Dalam pemergiannya..diselitkan satu pesanan..

"Mira,Jaga diri elok-elok...dengar cakap kakak hang taw...jangan lupa solat,belajaq la rajin-rajin,senang hidup hang nanti"
.Kata-kata yang sering kujadikan pegangan,masih terasa hangat nafas mak tatkala menyulam bait kata ini dicuping telingaku,masih terbayang wajah suci emak...Ya Allah...miko rndu mak miko.....Kekadang miko tgk orang sekeliling miko yang masih mempunyai mak,suka xdengar kata-kata mak mereka,suka meninggikan suara dengan mak mereka,suka juga mengabaikan perasaan dan hati mak,Miko terasa alangkah ruginya mereka tidak menghargai ibu mereka yang masih lagi bernyawa,yang masih lagi mampu mendakap mereka dalam dakapan syahdu.Miko xmampu membuat semua itu lagi,xmampu.....Miko hanya mendakap kenangan,sedangkan mereka mendakap kenyataan..masih lagi sempat menyatakan rasa maaf kepada ibu kalian,jadi jaga hati mereka,jaga mereka sebaik yang korang mampu.Apabila korang kehilangan ibu atau bapa korang nanti,korang akan tahu betapa korang mahukan mereka semula...percayalah kata-kata miko.


sebagai penutup,miko tinggalkan korang dengan lirik ini...hayatilah...

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

8 111 kumen miko!:

nora amila ghazali said...

sedih la.. sob2...

fRaMe+LenSeS said...

Dik, harta terbaik yang dalam dunia ini adalah anak solehah yang mendoakan, walau kita tadak dengan depa, tapi doa2 kita akan stiasa ada dengan depa, memeluk depa, doa kita akan buat mereka berbahagia, adik, abg y baca ni pn tacing, ni kan plak yan ghadapi, hadiahkan alfatihah buat mak, abg doakan kesihatan ayah, n semoga adik kuat menghadapi. ADIK KENA BERJAYA. BALAS JASA AYAH. JGN PTS DOAKAN MAK YA DIK. pa pn, abg ada kat sisi adik abg ni.. all the besh dik.

~syue~ said...

syedey..... T_T.....
huk huk

FarAh AmiRa said...

kak nora::alorh..tamola sdey..nnt miko sdey

tokwan Nadh::huhu...tu la..tenkiu taw care sal miko...huhu...tp miko mmg tacing skrg..waaaaa...da ngs da..T___T

FarAh AmiRa said...

syue::huhu...tu la knyataan

CiK LiYzA ^^, said...

deQ~
btol kata abg nadh,kita yg melihat nih xsma dgn yg menanggung..apap0n tlg buktikan dgn kejayaan kita utk depa~wat prangai elok2 dan jgn putus2 bedoa utk kedua ibu bpa..jgn njuk kita sdih sgt,sian kt ayah n adeq badek len..yg pnting deq kna kuat untuk depa!jadilah contoh yg bek utk adeq badek len..gud uck..

Muslimah Optimis said...

terima kasih sudi join..huhuhuhu.. akak yang membaca ni pon hampir mengalirkan air mata dik..semoga arwah mak adik berada dalam lindungan Allah selalu.. ameen...

terima kasih sudi join..

fRaMe+LenSeS said...

syg, nak baca entry susah la.. kena ubah la kat situ, better putih pn okeh dik. . pening. sakit mata baca.. huu ni pendapat abg Nadh tau..