Assalamualaikum wbt..:)
Selamat pagi Malaysia...salam ukhwah n salah ramadhan..:)..Hari ney hari pertama menunaikan ibadah puasa,diharap semuanya dirahmati..:D
Apa Itu Tunang?
Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Bertunang tu ada juga batas-batasnya dan tatasusilanya yang perlu dipatuhi oleh mereka iaitu
- Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
- perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
- Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
- Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
Tempoh pertunangan jugak merupakan salah satu adab dalam bertunang..Tempoh pertunangan seharusnya ::
AWAS~!
- Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak diduga
- Tempoh pertunangan yang lama akan mengakibatkan putusnya hubungan pertunangan akibat tersingkap keaiban pasangan
- Pertunangan yang lama akan memberi peluang kepada orang lain untuk mnaruh hati kepada tunang dan berusaha memisahkan mereka
p/s::haisy..kalo dah taw tu tunang orang..xyah la kaco..rmai lg makhluk yang Allah ciptakan..:)
- Haram mengganggu tunang orang tidak kira sama ada perempuan tersebut suka dengan tunangnya atau tidak.
- Begitu juga haram bagi yang sudah bertunang berkahwin dengan pasangan lain selagi mana belum putus ikatan pertunangan.
- Seandainya tidak suka dengan tunang, hendaklah berterus terang, bukan dengan cara curang yang dilarang Islam, apatah lagi ia menyebabkan masalah di masa hadapan.
5 111 kumen miko!:
haram ganggu tunang org ! isk2
errrr.... tunang maknanya tempoh nak kenal2 kan. ak dah brtunang ke belom ni ? da lebih knal pon.hahah
@cik.eica::hahaha..taw xpe wehh...haram wwooo
@~syue syada~::hahaha..dlm kes ang ny xtaw lak plak syue oii..:D
wahahah so jaga2 laa, skang ni putus tunang pon frontpage daaa.
Post a Comment